Servis Edit Blog PERCUMA!
Test² cubaan 1 2 3 *ketuk² mic*
Disebabkan blog ni dah lama sangat menyepi sebab tuan dia sedang mencari semangat yang hilang *kononnya*..Jadi tuan empunya blog berbesar hati untuk menawarkan servis edit blog secara PERCUMA kepada pembaca² yang dikasihi sekalian..
Servis adalah PERCUMA dan tiada sebarang kos tersembunyi seperti Air Asia dan Hotlink..Anda tak perlu buat entri di blog,tak perlu follow blog ni,tak perlu like page blog ini di fb dan tak perlu tag 3 orang rakan anda..
Anda hanya cuma perlu hantarkan email ke inibelognadya.gmail.com dengan tajuk “Servis edit blog” dan sila nyatakan url blog anda sekali..
Ingatlah Kamu Sebelum Kamu Diperingatkan
Hari ini hari yang bertuah sebab jari aku dah dapat ‘peringatan’ untuk update blog..Alkisahnya aku tengah sibuk mencuci pinggan di dapur..Ini bukan nak menunjuk yang aku rajin basuh pinggan tapi memang aku je yang tinggal dan kena basuh pinggan..Adik lelaki aku yang dua orang tu mana boleh harap..Sorang tu,basuh pinggan sendiri je..Yang lagi sorang tu pulak pesen tinggal pinggan cawan dan segalanya dalam sinki je..Elehh,like a bawse la kononnya..Menyampahh..
Sambung balik cerita basuh pinggan tadi,sedang aku dok cuci pisau menggunakan pencuci pinggan sunlight yang kononnya hebat sangat menanggalkan kesan berminyak tu,secara tiba² pisau tu bergerak sendiri dan menghiris ibu jari aku..Dalam pulak tu lukanya..Ciskek betul..







